TALQIN. Berdasarkan Hadith Nabi&Mazhab Empat-(Kenapa Wahhabi Anti Talqin)
Penerangan Yang Jelas Tentang Keharusan Hukum
Mentalqin Mayat
( Bersandarkan Hadith Nabi Dan Mazhab Empat )
( Bersandarkan Hadith Nabi Dan Mazhab Empat )
Oleh: Abu Syafiq
Alhamdulillah,
Tuhan Pencipta alam, WujudNya azali abadi tanpa permulaan dan tanpa memerlukan
tempat. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad, para sahabat
dan ahli keluarga baginda.
Sesungguhnya
hukum mentalqin mayat dengan kalimat tauhid “ La ilaha Illallah Muhammadur
Rasulullah ” ataupun dengan perkataan suci yang lain adalah harus hukumnya dari
segi syarak dan bersesuaian dengan ajaran agama Nabi Muhammad.
Sememangnya tidak ada dalil dari nas Al-Quran mahupun nas Al-Hadith yang mengharamkan amalan talqin kecuali mereka (antaranya Wahhabi) yang mengharamkannya hanya bersandarkan ianya suatau bid’ah yang tidak dilakukan oleh Rasul. Malangnya nas-nas hadith Nabi jelas bercanggah dengan apa yang mereka dakwa.
Sememangnya tidak ada dalil dari nas Al-Quran mahupun nas Al-Hadith yang mengharamkan amalan talqin kecuali mereka (antaranya Wahhabi) yang mengharamkannya hanya bersandarkan ianya suatau bid’ah yang tidak dilakukan oleh Rasul. Malangnya nas-nas hadith Nabi jelas bercanggah dengan apa yang mereka dakwa.
Mari
kita kupaskan secara ilmiah islamiah.
Hadith Nabi
Mengharuskan Talqin
Apa
yang didakwa mengenai pengharaman hukum talqin oleh Wahhabi dan kuncu-kuncu
mereka yang kerap membuat kacaubilau dalam masyarakat umat islam adalah tidak
berasas. Bahkan ianya bertujuan memperlaga-lagakan umat islam yang melakukan
amalan tersebut.
Kononnya
ianya adalah satu bid’ah yang dah confirm Nabi tak pernah buat dan tak pernah
suruh orang lain buat dan bagi Wahhabi siapa buat amalan talqin maka dia dah
buat bid’ah dan akan masuk api neraka jahannam.
Benarkah
dakwaan Wahhabi itu?
Mari
kita singkap hadith Nabi Muhammad sendiri menyuruh amalan talqin yang
diriwayatkan oleh Imam At-Tobarony dalam Mu’jam Sighir dan Mu’jam Kabir
daripada Abi Umamah Al-Bahily berkata :
أمرنا بموتانا
إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه
وسلم أن نصنع
رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من إخوانكم
فسويتم التراب على قبره ، فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل: يا فلان ابن فلانة فإنه
يسمعه ولا يجيب، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه، يستوي قاعداً، ثم يقول: يا فلان
ابن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولكن لا تشعرون، فليقل: اذكر ما خرجت عليه
من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمداً عبده ورسوله وأنك رضيت بالله رباً وبالإسلام
ديناً وبمحمد نبياً وبالقرءان إماماً فإن منكراً ونكيراً يأخذ كل واحد منهما بيد
صاحبه ويقول: انطلق بنا ما يقعدنا عند من لُقّن حجته، قال[أي أبو أمامة]: فقال
رجل: يا رسول الله فإن لم يُعرف أمه، قال: ينسبه إلى أمه حواء، فلان ابن حواء يا
Yang
bermaksud : “Apabila aku mati nanti, lakukan padaku sepertimana yang disuruh
oleh Rasulullah agar dilakukan kepada mayat, Rasulullah telah memerintah kita
dengan sabda baginda: “ Apabila matinya seorang daripada kalanganmu, maka
tanahlah dan berdirilah seorang dikalangan kamusemua pada bahagian kepala
dikuburnya kemudian katakan Wahai si fulan anak si fulanah, orang itu
mendengarnya tetapi dia tidak akan menjawab, kemudian katakan Wahai fulan anak
fulanah maka dia duduk, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia
berkata semoga Allah merahmati kamu tetapi kamu semua tidak merasai (apa yang
telah berlaku pada si mayat), maka hendaklah dikatakan : Ingatlah apa yang
telah menyebabkan kamu dilahirkan kedunia iaitu syahadah tiada Tuhan melainkan
Allah dan Nabi Muhammad itu hambaNya dan rasulNya dan engkau telah meredhoi
dengan allah sebagai tuhanmua dan islam itu agamamu dan Muhammad itu nabimu dan
al-quran itu petunjukmu maka malaikat mungkar dan nakir akan mengambil
tangannya lantas berkata Ayuh bersama kami bawakan kepada siapa yang telah
ditalqinkan hujahnya”
Abu
Umamah bertanya kepada Rasulullah Wahai Rasulullah!bagaimana sekiranya tidak
diketahui nama ibunya? Rasulullah menjawab “Maka hendaklah dinasabkan kepada
ibu manusia iaitu Hawwa dengan mengatakan Wahai si fulan anak Hawwa.” Tamat
hadith riwayat Imam Al-Hafiz Tobarony Dalam kitabnya Mu’jam Soghir Wal Kabir.
Hadith
yang mengharuskan talqin diatas telah disolehkan sanadnya (ulama
hadith menyatakan hadith itu boleh digunakan) oleh Imam Muhaddith dari kalangan
ulama hadith iaitu Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau berjudul
At-Talkhis Al-Habir sepertimana yang juga dibawah Kitab Al-Majmuk oleh Imam
Nawawi pada jilid 5 muksurat 243 :
وإسناده صالح وقد قواه الضياء في أحكامه
Yang bermaksud : “ Sanad hadith
ini adalah boleh digunakan dan hadith ini telah dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz
Ad-Dhiya dalam kitab Ahkam”.
Maka
hadith Nabi Muhammad ini jelas mengharuskan amalan talqin sepertimana jua para
ulama salafussoleh berpegang dengan hukum mengenainya.
Tiada
seorangpun ulama islam yang muktabar mengingkari amalan talqin ini kecuali
sebilangan kecil ajaran sesat dizaman kini yang berhobi sangat dalam memecah
belahkan umat islam dengan mendakwa amalan talqin adalah satu bid’ah yang
teramat buruk dan siapa melakukan talqin maka dia sesat dan akan masuk neraka
jahannam.
Soalan kutujukan pada si penentang amalan talqin :
1- Bagikan padaku ayat Al-Quran yang jelas mengharamkan dan membid’ahkan amalan talqin?
2- Berikan padaku Hadith yang jelas dari Nabi Muhammad yang mengatakan amalan talqin adalah haram atau bid’ah?
1- Bagikan padaku ayat Al-Quran yang jelas mengharamkan dan membid’ahkan amalan talqin?
2- Berikan padaku Hadith yang jelas dari Nabi Muhammad yang mengatakan amalan talqin adalah haram atau bid’ah?
3- Sebutkan seorang sahaja ulama salafussoleh @ salafi hakiki ( ulama islam
yang hidup sebelum 300H )yang menyatakan amalan talqin adalah haram atau
bid’ah?
Saya
menunggu jawapan soalan diatas dari Wahhabi dan kuncu-kuncunya dari seluruh
pelusuk dunia termasuk ulama-ulama Wahhabi dimana sahaja kamu berada dan apa
bahasapun yang kamu pakai.
Disini
ingin kubawa buat teman-temanmengenai kata-kata ulama islam ahli sunnah Wal
Jamaah mengharuskan amalan talqin dari mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab
Syafie dan juga tidak lupa dari mazhab Hambali yang mana sebahagian puak
Wahhabi sering mendakwa mereka dari golongan Hambali.
Mazhab
Islam Mengharuskan Talqin
Kenyataan Mazhab Al-Hanafi Mengharuskan Talqin
1-Berkata
As-Syeikh Al-Alim Abdul Al-Ghony Al-Ghonimy Ad-Dimasyqy Al-Hanafi dalam kitab
beliau berjudul Al-Lubab Fi Syarhil Kitab pada jilid 1 mukasurat 125 menyatakan
:
في قبره وأما تلقينه (أي الميت) في القبر فمشروع عند أهل السنة لأن الله تعالى يحييه
“Manakala
hukum mentalqin mayat pada kubur adalah merupakan syariat islam disisi Ahli
Sunnah Wal Jamaah kerana Allah ta’ala menghidupkannya dalam kuburnya”.
Telah
jelas bahawa dalam mazhab Hanafi amalan talqin adalah diharuskan bahkan
disyariatkan.
Adakah
Wahhabi akan membid’ahkan serta mengkafirkan ulama Hanafi kerana mengharuskan
amalan talqin? Kenapa wahhabi benci sangat dengan amalan talqin?
Apa kesalahan talqin terhadap kamu wahai wahhabi?
Mazhab Maliki
Mengharuskan Amalan TalqinApa kesalahan talqin terhadap kamu wahai wahhabi?
1-
Imam Al-Qurtuby Al-Maliky pengarang kitab tafsir terkenal telah menulis satu
bab yang khusus mengenai amalan talqin disisi mazhab Maliki dalam kitab beliau
berjudul At-Tazkirah Bil Ahwal Al-Mauta Wal Akhiroh pada mukasurat 138-139 :
باب ما جاء في تلقين الإنسان بعد موته شهادة الإخلاص في لحده
Didalam
bab itu juga Imam Qurtuby telah menjelaskan amalan talqin dilakukan oleh para
ulama islam di Qurtubah dan mereka mengharuskannya.
Dalam
mazhab Maliki juga bercanggah dengan mereka yang mengharamkan amalan talqin.
Dimana anda wahai si pengharam tanpa dalil?!
Mazhab Syafi’e
Mengharuskan Dan Mengalakkan Amalan TalqinDimana anda wahai si pengharam tanpa dalil?!
1-
Imam An-Nawawi As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul Al-Majmuk pada
jilid 5 mukasurat 303-304 :
قال جماعات من أصحابنا يستحب تلقين الميت عقب دفنه” ثم قال: “ممن نص على استحبابه: القاضي حسين والمتولي والشيخ نصر المقدسي
Yang
bermaksud : “ Telah menyatakan oleh ramai para ulama dari mazhab Syafi’e bahawa
disunatkan talqin pada mayat ketika mengebumikannya”.
Kenyataan mazhab Syafi’e dari
kitab yang sama :
“ ونعمل به وسئل الشيخ أبو عمرو بن الصلاح رحمه الله عنه فقال: التلقين
هو الذي نختاره ”
Imam
Nawawi menyatakan : “ Telah ditanya kepada As-Syeikh Abu Amru Bin As-Solah
mengenai talqin maka beliau menjawab Amalan talqin merupakan pilihan kita
(mazhab Syafi’e) dan kami beramal dengannya”.
2-
Imam Abu Qosim Ar-Rofi’e As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul
Fathul ‘Aziz Bi syarh Al-Wajiz tertera juga pada bawah kita Al-Majmuk oleh Imam
Nawawi pada jilid 5 mukasurat 242 :
“ …” إلى اخره بن أمة الله ويستحب أن يُلقن
الميت بعد الدفن فيقال: يا عبد الله.
Yang
bermaksud : Digalakkan dan disunatkan mentalqin mayat selepas mengebumikannya
dan dibaca : Wahai hamba Allah bin hamba Allah…(bacaan talqin).
Di
malaysia kita umat islam kebanyakannya berpegang dengan mazhab Syafi’e. Kenapa
anda buat fitnah ke tanah air kita wahai Wahhabi? Dengan memecah belahkan umat
islam mengunakan isu talqin. Sedangkan hukum talqin adalah harus berdalilkan
dari hadith Nabawi.
Mazhab Hambali
Mengharuskan Talqin
1-
Imam Mansur Bin Yusuf Al-Buhuty Al-Hambaly menyatakan hukum pengharusan talqin
dalam kitab beliau berjudul Ar-Raudul Mari’ mukasurat 104.
2- Imam Al-Mardawy Al-Hambaly dalam kitabnya Al-Insof Fi Ma’rifatil Rojih Minal Khilaf pada jilid 2 mukasurat 548-549 menyatakan :
2- Imam Al-Mardawy Al-Hambaly dalam kitabnya Al-Insof Fi Ma’rifatil Rojih Minal Khilaf pada jilid 2 mukasurat 548-549 menyatakan :
“فائدة يستحب تلقين الميت بعد دفنه عند أكثر الأصحاب”
Yang bermaksud : “ Kenyataan yang penting : Disunatkan hukum talqin mayat selepas mengkebumikannya disisi kebanyakan ulama ( selainnay hanya mengaruskan sahaja).
Yang bermaksud : “ Kenyataan yang penting : Disunatkan hukum talqin mayat selepas mengkebumikannya disisi kebanyakan ulama ( selainnay hanya mengaruskan sahaja).
Nah!
Dimana pula kedudukan Wahhabi setelah hukum keharusan talqin diperjelaskan
berdasarkan hadith Nabi dan mazhab empat termasuk mazhab Hambaly..?
Saudara
sekalian..pilihlah..anda mahu mengikut ulama islam yang muktabar yang mana
mereka mempunyai hujjah dari nas ataupun mahu mengikut Wahhabi yang mengatakan
amalan talqin adalah bid’ah lagi haram sedangkan wahhabi tak mempunyai satu
dalilpun menyokong fatwa sesat mereka.
Wahhabi…!
usah menentang amalan talqin..lebih elok kembali ke pangkal jalan dan memerangi
maksiat yang jelas lagi tersuluh diluar sana termasuk memperbetulkan akidah
mereka sendiri yang songsang iaitu ” Allah Duduk”!
*Nasihat
saya bagi pengamal talqin agar tidak menetapkan atau meminta apa-apa bayaran
dunia atas perbuatan yang diharuskan itu untuk mengajar diri agar lebih ikhlas
kepada Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar